Wednesday, July 10, 2013

Ringkasan Mengenai Tanaman Kenaf Hibiscus cannabinus

ladang kenaf

Ringkasan Mengenai Tanaman Kenaf

Pengenalan Kenaf
Pokok Kenaf atau nama saintifik Hibiscus cannabinus L: adalah dalam keluarga Malvaceae ,   
bersifat kuat, berserabut  menyerupai pokok bendi dari segi daun dan bunga. Kenaf merupakan tanaman herba, di percayai berasal daripada Afrika. Dan diperkenalkan di Malaysia mulai pada tahun 2000. Ia ditanam dengan melalui benih. Kenaf tumbuh agak perlahan pada bulan pertama penanaman.  Tumbuh cepat dibulan berikutnya dan  menurun selepas berbunga.


Potensi Kenaf
pokok kenaf
Kenaf  merupakan tanaman mesra alam, dengan  pertumbuhan yang sangat cepat ( mengambil masa lebih kurang 4 bulan) untuk mengeluarkan hasil. Sesuai untuk tanaman tropika dan boleh beradaptasi dengan persekitaran kita. berpotensi untuk menjadi tanaman industri baru yang penting kerana banyak kegunaan selain  berpotensi untuk menjadi sumber makanan ruminant dengan kandungan  protein yang tinggi.  Fiber kenaf diguna dalam bio-komposite untuk bahan binaan dan komponen automobil. Produk lain bolih dihasilkan palpa dan kertas.

Tempoh tuaian hasil
Pokok kenaf untuk makanan ternakan dituai semasa berumur  6 minggu manakala untuk tujuan serat /fibre  pokok berumur  didalam masa 4 – 5 bulan.  

 Batang kenaf
batang kenaf
 Batang kenaf terdiri dari Fiber luar dan fiber dalam , Fiber luar di panggilBastdan
 merangkumi 40% daripada berat kering batang . Fiber di sebelah dalam yang lebih putih di
  kenali sebagai teras  dan merangkumi 60% berat kering batang.

Faktor Kenaf bermutu  tinggi  di iklim Tropika :
 Pilih variti yang tidak sensitif terhadap cahaya . dapatkan variti yang pertumbuhan  cepat,   
 rintang terhadap serangga dan penyakit, peratusan fiber bast yang tinggi dan pokok tinggi.       Kualiti juga memerlukan pengurusan tanaman terbaik dengan  tanah yang sesuai, ada         pengairan, serta  baja mencukupi

KEGUNAAN UTAMA KENAF
fibre/serat
Bahan binaan,Perabut, Komponen otomotif, Pulpa dan kertas ,Textil, Pencegah hakisan, Penebatan, Penyerap, Sumber protein untuk makanan ternakan, Alas tidur binatang, Komponen elektronik, Perubatan

Kegunaan lain – tali , guni
Kegunaan baru- erosion control, Moulded car parts, Particle board, fibre board, Pulp and paper
Household products, Animal bedding, oil absorbent, Fibre-reinforced composites , Insulation
benang

 HASIL
Hasil purata 20 mtan/hektar (kering)
Julat hasil 12 – 25 mtan/hektar













10 comments:

  1. Sangat berminat..my email jayaspectrum.resources@gmail.com

    ReplyDelete
  2. I would like to buy the kenaf seed in big quantity (min about 5 ton), do you sell seeds as well?

    ReplyDelete
  3. I would like to buy the kenaf seed in big quantity (min about 5 ton), do you sell seeds as well?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Whatsapp saya 0199353393..saya berminat nk hasilkan

    ReplyDelete
  6. Salam,di mana nak buat licence dan mendapatkan pembenihan?
    Bole whatsapp d no 0198068003

    ReplyDelete
  7. Salam,di mana nak buat licence dan mendapatkan pembenihan?
    Bole whatsapp d no 0198068003

    ReplyDelete
  8. Salam dekat mana nk dapatkan benih...

    ReplyDelete
  9. boleh hubungi lembaga kenaf dan tembakau negara(LKTN) untuk maklumat lanjut

    ReplyDelete
  10. kalau 11 relong tanah boleh menghasilkan berapa tan ya? 1 tan berapa harga pasaran?

    ReplyDelete